3 DIS: PAS Perak menampilkan lima muka baharu dalam barisan kepimpinan tertinggi bagi sesi 2021 hingga 2023.
Mereka ialah Mohd Akmal Kamaruddin yang merupakan Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak serta seorang lagi iaitu Rosli Abd Rahman yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
Kedua-dua mereka mengambil menggantikan tempat Misbahul Munir Masduki dan Muhammad Ismi Mat Taib.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mustafa Shaari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol yang juga Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria kekal menjawat jawatan tersebut.
Begitu juga Bendahari negeri, Ismail Ariffin turut mengekalkan jawatannya.
Selain itu, Setiausaha PAS Perak turut menampilkan muka baharu apabila Fairuz Hafiizh Othman dilantik ke jawatan itu menggantikan Mohd Akmal.
Jawatan Ketua Penerangan PAS Perak turut disandang muka baharu iaitu ADUN Kubu ajah, Mohd Khalil Yahya manakala Pengarah Pilihan Raya PAS Perak kini disandang Mohd Fakhrudin Abd Aziz.