3 DIS : Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kini sudah hampir siap dan bakal dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, demikian menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, SOP berkenaan disyorkan untuk dilaksana dengan beberapa langkah lebih ketat mengambil kira situasi terkini berhubung penularan varian baharu COVID-19, Omicron,
“SOP sudah hampir siap dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi satu dua perkarasebelum kita kemukakan kepada SPR.
“Sudah pasti perkembangan terbaru diambil kira supaya SOP yang akan dikemukakan kepada SPR itu adalah lebih ketat agar tidak ada penularan berlaku pada PRN berkenaan,” katanya dalam sidang media khas hari ini.