4 DIS : Mana-mana parti politik atau individu yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini tidak dibenarkan menggunakan lambang dacing yang sinonim dengan parti itu.
Perkara tersebut ditegas oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata, BN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya terdapat parti politik atau individu menggunakan lambang berkenaan.
Ini kerana jelas Mohamad, BN secara rasmi tidak menyertai PRN Sarawak atas semangat persahabatan akrab dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak dahulu lagi.
Menurutnya, beliau dan rakan-rakan daripada BN dan UMNO semalam sudah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Openg bagi menyatan sokongan kepada GPS pada PRN Sarawak kali ini.
“Kami juga menyatakan secara rasmi bahawa BN tidak akan bertanding pada PRN kali ini dan tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan lambang dacing yang selama ini menjadi simbol kami,” ujarnya.
BN berharap GPS akan menang besar dalam pilihan raya yang dijadual diadakan 18 Disember ini, kata Mohamad lagi.
Turut hadir dalam kunjungan itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
GPS dianggotai Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).