nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sistem amaran awal dipasang di lokasi tanah runtuh

5 DIS: Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata semua kawasan berisiko tanah runtuh dan lokasi tanah tinggi akan diletakkan sistem amaran awal dalam bentuk digital untuk memberi amaran kepada masyarakat.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) itu berkata sistem itu berbentuk siren dan sebagainya akan diletakkan di semua kawasan berisiko termasuk di lokasi yang tiada penginapan.

“Kita belum menyemak sama ada kawasan yang berlaku tanah runtuh di Seksyen 27 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands mempunyai sistem amaran awal ini.

TAKIYUDDIN

“Secara umumnya kerajaan menerusi kementerian saya iaitu Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang mempunyai peta tapak lokasi berisiko tinggi. JMG akan menjalankan kajian dari segi risiko dan mereka serta beberapa jabatan lain termasuk Jabatan Perhutanan akan menguruskan sistem berkenaan.

“Ini adalah langkah proaktif kerajaan untuk memberi amaran awal berhubung kejadian tanah runtuh terutama di lokasi berisiko tinggi,” katanya pada Program Anugerah Kecemerlangan Yayasan Islam Kelantan (YIK) Peringkat Parlimen Kota Bharu, hari ini.

Antara kawasan yang sudah diletakkan sistem itu termasuklah di Gunung Jerai, Kedah serta beberapa lokasi di Sabah dan kawasan tanah tinggi termasuk Cameron Highlands.

Mengulas lanjut Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, kementerian itu sedang giat untuk menjayakan sistem amaran awal tanah runtuh berkenaan.

“Selain itu, kita juga menjalankan kempen kesedaran kepada rakyat yang berada di kawasan berisiko tinggi.

“Kita tidak mahu alat ada tetapi tiada kesedaran dan gabungan dua perkara itu diharap dapat menangani tanah runtuh,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.