6 DIS : Malaysia hari ini mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,262 kes berbanding semalam sebanyak 4,298 kes sekali.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula adalah sebanyak 5,894 manakala sebanyak 463 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 249 kes pula memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).
“Daripada 4,262 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya, 4,184 kes (98.2 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Berhubung kes kematian akibat COVID-19, negara hari ini mencatatkan peningkatan jumlah kematian iaitu sebanyak 40 kes berbanding 36 kes semalam.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,614 kes.
Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 10 daripada 40 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,199 kes.
Manakala berkaitan dengan kluster baharu pula, Noor Hisham berkata Malaysia terus merekodkan penurunan lima kluster Covid-19 baharu selepas semalam, mencatatkan sembilan kluster.
Menurutnya, dengan pertambahan lima kluster itu menjadi keseluruhan kluster aktif sebanyak 234 kluster.
“Selain itu, 5,749 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,983 kluster,” jelasnya.