nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kajian ketum hadapi masalah bekalan mentah

6 DIS: Kajian berkaitan ketum di negara ini berdepan masalah utama iaitu kekurangan bekalan mentah daripada pembekal.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kajian ke atas ketum memerlukan bahan mentah yang mencukupi daripada sumber yang stabil bagi menghasilkan ekstrak terpiawai yang mengandungi kandungan yang serupa bagi semua kajian praklinikal.

“Penghasilan ekstrak terpiawai daripada bahan mentah ketum yang bersesuaian bagi kajian praklinikal dan klinikal adalah penting bagi menghasilkan produk ketum yang bernilai tinggi,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Salim Mohd Sharif (BN-Jempol) pada sesi pengulungan Kementerian Kesihatan (KKM) di Parlimen hari ini.

DR NOOR AZMI

Mengulas berkaitan marijuana pula, Noor Azmi berkata, KKM tidak pernah menjalankan sebarang kajian makmal tentang marijuana.

Bagaimanapun, jelasnya, satu kajian tentang hem pernah dijalankan oleh pihak IMR dan satu jurnal telah pun diterbitkan.  

“Bagi hasil kanabis pula seperti ekstrak kanabis raisin merupakan dadah berbahaya dan racun yang tertakluk pada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

“Sekiranya melibatkan keluaran bagi tujuan perubatan untuk kegunaan manusia dan haiwan juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang dibuat di bawah Akta Jualan Dadah.

“Akta-akta dan peraturan ini memperuntukan kawalan ke atas semua aktiviti yang bersangkutan dengan kanabis dan hasilnya yang merangkumi penanaman, pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penyimpanan, penjualan dan pembekalan,” katanya.

Sementara itu, menjawab celahan Mohd Salim berkaitan ketum mendapat permintaan tinggi di Thailand dan ia mungkin baik malah, jika dikawal penghasilannya boleh mendatangkan pendapatan yang lebih tinggi kepada para petani.

Noor Azmi berkata, kerajaan bukannya hendak menyekat aktiviti berkaitan kenabis, namun terikat dengan akta.

“Pada ketika ini, kita kena mengikut akta dan undang-undang tapi pada masa akan datang, saya percaya kerajaan akan meneruskan kajian-kajian tersebut.

“Sekiranya dapatan kajian menunjukkan lebih kebaikan kerajaan boleh menggubal undang-undang supaya kita dapat menggunakan dan mendatangkan pendapatan yang lebih tinggi,” jelasnya.

Menjawab celahan Ahli Perlimen Gopeng – PH, Dr Lee Boon Chye berkaitan kekurangan doktor pakar sekiranya masalah doktor kontrak tidak diselesaikan, Noor Azmi berkata, KKM tidak duduk diam dan telah mengadakan perbincangan, dailog dan bengkel berkaitan isu tersebut.

“Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan tentang perkara-perkara berkaitan Akta Perubatan 1971 dan Akta Pergigigan agar perkara itu dapat dipermudahkan dan mereka dapat meneruskan kerjaya dengan lebih baik.

“Kita juga fikir buat pindaan Akta Pencen supaya doktor-doktor ini dapat diserapkan secara tetap dan masa depan mereka lebih terjamim,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.