nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NADMA pastikan satu PKRC kekal operasi di setiap negeri

6 DIS :  Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan memastikan sekurang-kurangnya satu Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dengan kapasiti 500 orang untuk terus beroperasi di setiap negeri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, kebanyakan premis yang dijadikan PKRC sebelum ini telah memohon untuk menamatkan perkhidmatan seperti institut latihan awam dan hotel bagi menjalankan operasi dan perniagaan seperti biasa.

“Peranan PKRC di setiap negeri adalah bagi menyokong sistem kesihatan awam sekiranya berdepan kenaikan mendadak kes, terutama dalam kategori 2B, iaitu bergejala ringan yang teruk bagi mengelakkan pesakit beralih ke kategori 3, 4 atau 5 yang kritikal.

“Satu PKRC bersaiz besar di setiap negeri akan dibuka. Yang tiada dewan besar contoh di Kelantan, akan memerlukan empat hingga lima bangunan untuk samakan saiz PKRC yang besar macam di negeri lain,” katanya.

Datuk Dr Aminuddin Hassim

NADMA juga menurutnya bertanggungjawab terhadap pengurusan semua PKRC di seluruh negara akan memohon kepada Kementerian Kewangan untuk melanjutkan pembiayaan untuk PKRC terpilih dibuka itu, manakala yang lain akan dibenarkan tutup.

Katanya, NADMA akan mengambil pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan melihat perkembangan dalam dua hingga tiga bulan sebelum membuat keputusan yang lebih strategik berhubung pengoperasian PKRC.

“PKRC Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dengan kapasiti 2,000 orang, tidak akan ditutup kerana ia mampu menampung kemasukan pesakit dari negeri lain seperti Negeri Sembilan selain Lembah Klang jika kes meningkat mendadak selain mempunyai fasiliti serta peralatan sesuai untuk merawat pesakit kategori 3, 4 dan 5,”ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.