6 DIS: Pengarah sebuah hospital negeri di Jordan semalam dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menyebabkan kematian 10 pesakit COVID-19.
Mahkamah Jordan menjatuhkan hukuman itu kepada Abdel Razak al-Khashman dan empat pembantunya apabila disabitkan bersalah ‘menyebabkan kematian’ di hospital negeri Salt apabila pesakit meninggal dunia selepas kehabisan oksigen.
Keputusan itu boleh dirayu dalam tempoh 10 hari, kata seorang wartawan AFP di mahkamah.
Kematian pada bulan Mac lalu itu mencetuskan kemarahan orang ramai di Jordan dan membawa kepada peletakan jawatan menteri kesihatan Nazir Obeidat.
Selepas tragedi itu, Raja Abdullah II melawat hospital negeri berkenaan dengan ratusan orang berkumpul di luar untuk melepaskan kemarahan mereka.