nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RMLT : Kerajaan pantau 20 program secara khusus

6 DIS : Kerajaan memandang serius untuk memastikan segala usaha pelaksanaan projek dan juga program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dapat dilaksanakan mengikut perancangan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam rancangan Malaysia lima tahun (RMLT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 akan memantau secara khusus perkara-perkara utama yang menjadi tumpuan kerajaan.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) kali pertama hari ini bagi memastikan strategi dan inisiatif-inisiatif yang ditetapkan dilaksanakan mengikut perancangan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam RMLT.

“Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 ini akan bermesyuarat sebanyak empat kali setahun bagi memantau pelaksanaan sembilan fokus utama dan sembilan pemacu terpilih RMLT ini,” kata Ismail Sabri menerusi satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Ahli-Ahli Jemaah Menteri, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) hari ini.

Menurut Ismail Sabri, antara keputusan yang telah dibuat di dalam mesyuarat tersebut ialah menerima dan bersetuju kerangka tadbir urus pemantauan RMKe-12.

Mesyuarat hari ini juga menurut beliau bersetuju untuk memberi tumpuan terhadap 20 program berhubung prestasi pelaksanaan projek dan perbelanjaan pembangunan, membasmi kemiskinan tegar, menambah baik ekosistem TVET dan transformasi perkhidmatan awam dan pendekatan baharu pembasmian kemiskinan tegar secara holistik yang akan diterajui bersama oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Program ini adalah berdasarkan pendekatan keseluruhan negara. Ia melibatkan pelaksanaan secara terancang yang merangkumi sektor awam, swasta, akademia serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO).

“Program ini juga akan dilaksanakan secara bersasar berdasarkan keperluan lokaliti dan mengambil kira pelbagai dimensi termasuklah aspek pendapatan, pendidikan dan kemahiran serta kesihatan.

“Sebanyak 50 lokaliti dipilih bagi pelaksanaan dalam fasa 1 bermula awal tahun 2022. Dalam memilih lokaliti tersebut tumpuan akan diberikan di negeri-negeri dengan kadar kemiskinan tegar tertinggi,” ujarnya,

Kata Ismail Sabri lagi, program ini akan dilaksanakan di bandar dan luar bandar tanpa mengira etnik di mana mesyuarat bagi membincangkan agenda membasmi kemiskinan tegar ini akan diadakan dengan kerap, bagi memastikan pelaksanaan program membasmi kemiskinan tegar berjalan dengan lebih berkesan.

Selain itu, Ismail Sabri menjelaskan mesyuarat hari ini turut mengambil maklum Prestasi Perbelanjaan Pembangunan (DE) Asas 2021 termasuklah isu-isu yang berkaitan serta keperluan kewangan pada tahun seterusnya.

“Bagi memastikan keberkesanan pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan RMKe-12, Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) telah diedarkan kepada semua Kementerian dan agensi bermula pada 23 November 2021. Prestasi pencapaian PPD, RMLT ini akan dipantau dengan menggunakan Sistem Pemantauan RMKe-12 bermula awal tahun 2022,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.