6 DIS : Seorang lelaki Singapura berusia 20 tahun dijatuhi perintah tahanan selama setahun di pusat latihan pemulihan kerana melakukan hubungan seks bawah umur dengan tiga pelajar sekolah menengah.
Tertuduh mengaku bersalah bulan lalu atas empat tuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur, sepertimana yang dilaporkan Berita Mediacorp.
Latihan pemulihan adalah hukuman lebih berat dan ia menahan pesalah yang lebih muda dalam sekitaran berstruktur dengan penekanan pada pemulihan.
Lelaki tersebut bekerja sebagai jurujual ketika bertemu mangsa pertama, seorang remaja perempuan melarikan diri dari rumah kanak-kanak yang berusia 14 tahun.
Hakim sebelum ini meminta laporan kesesuaian untuk menjalani latihan pemulihan dan tertuduh didapati sesuai dan dalam keadaan fizikal dan mental yang baik untuk menjalani hukuman sedemikian.
Manakala lelaki itu berkenalan dengan mangsa kedua berusia 13 tahun di Instagram dan pada bertemu janji di sebuah taman permainan sebelum melakukan seks di tempat letak kereta berdekatan.
Lelaki itu kemudian berkenalan dengan mangsa ketiga, yang berusia 14 tahun, di Instagram pada Januari 2020 dan bertemu di sebuah hotel di Geylang pada bulan berikutnya dan melakukan hubungan seks.
Lelaki itu akhirnya ditangkap pihak berkuasa ekoran ketiga-tiga mangsa melaporkan kesalahan perbuatan lelaki tersebut.