8 DIS: Sebanyak 66 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan sembilan kes kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan, jumlah kumulatif kematian kini bertambah ke angka 30,718.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 12 kes, diikuti Selangor (11), Kedah (8), Perak (7), Pulau Pinang (6), Sabah (5), Negeri Sembilan (4), Johor dan Kuala Lumpur masing-masing tiga kes, Kelantan, Pahang dan Sarawak masing-masing dua kes serta Melaka (1).
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,411 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 437 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 240 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,817 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif negara ini kini ialah 2,667,999 kes.