9 DIS: Sebanyak 28 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat kematian di luar fasiliti hospital (BID).
Menurut data di GitHub, Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini menjadi 30,746.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Sabah (5), Johor (3), Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Pulau Pinang masing-masing dua kes serta Kelantan, Melaka, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,878 kes aktif dilaporkan, termasuk 428 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 237 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,525 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara ini kini berjumlah 2,673,019.