10 DIS: Sejak pandemik COVID-19 melanda negara tahun lalu, ramai yang kehilangan pekerjaan dan tahun ini sahaja lebih 90,000 hilang kerja.
Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang berlangsung sehingga esok mampu membuka lembaran baharu kepada golongan pencari kerja.
Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, karnival ini menawarkan lebih 24,000 peluang pekerjaan.
Disertai sekurang-kurangnya 75 majikan termasuk syarikat multinasional ia merupakan peluang terbaik bagi pencari kerja untuk mendapatkan kerjaya yang diidami.
Ia melibatkan penyertaan pelbagai industri termasuk syarikat besar dan ternama seperti ExxonMobil, Prasarana, KPMG, UOA Group dan lain-lain.
Justeru, orang ramai boleh hadir dari 9 pagi hingga 5 petang.
Maklumat lanjut boleh layari laman web www.myfuturejobs.gov.my/careerfair atau hubungi Ummie di talian 019-2503565 atau Fitrah (019-60769532.
Pengunjung diminta mematuhi SOP ditetapkan seperti memeriksa suhu badan dan memakai pelitup muka.