nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tuduh GPS jejas keharmonian kaum, Fadillah bidas DAP

10 DIS : Tuduhan DAP yang mendakwa penyertaan GPS dalam kerajaan persekutuan bersama Barisan Nasional (BN) dan PAS menjejaskan keharmonian kepelbagaian budaya dan agama di Sarawak adalah tidak benar, sebaliknya penglibatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan persekutuan adalah bertujuan menjaga keharmonian dan toleransi beragama di Sarawak.

Ketua Whip GPS, Fadillah Yusof menerusi satu kenyataan membidas kenyataan parti pembangkang itu dan mengibaratkan DAP “menutup mata” terhadap rekod prestasi mereka dalam mengekalkan keharmonian di Sarawak selama beberapa dekad.

Katanya lagi, PH dan DAP juga terus mengabaikan perkara itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), di mana Sarawak mempunyai autonomi penuh ke atas kewangan, agama dan penggunaan bahasa yang akan dipertahankan oleh GPS sehingga ke akhirnya.

“GPS membantu membentuk kerajaan pusat bagi memastikan kestabilan politik dan menjaga hak istimewa Sarawak, sesuatu yang didakwanya gagal dilakukan PH ketika mentadbir Putrajaya selama 22 bulan.

“Rakyat Sarawak tidak akan lupa bagaimana mereka telah berusaha untuk menangguhkan pembangunan Lebuhraya Pan Borneo termasuk membatalkan Fasa 2 lebuh raya berkenaan, membatalkan tiga jambatan, penafian dana peruntukan RM1 bilion untuk membaiki sekolah di Sarawak dan memungkiri janji royalti minyak sebanyak 20% untuk dikembalikan kepada Sarawak yang memaksa kerajaan GPS mengenakan cukai ke atas Petronas.

“Kami tidak lupa dan tidak akan lupa. Begitu juga rakyat Sarawak,” tegasnya.

Fadillah yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut menyentuh mengenai peranan GPS dalam melindungi keharmonian pelbagai etnik di Sarawak, contohnya penglibatan aktif GPS dalam memastikan pelesenan baharu alkohol oleh kerajaan pusat dan sekatan penjualan alkohol dibatalkan.

“Di samping itu, kami ingin menegaskan bahawa kontroversi wiski Timah baru-baru ini juga dimulakan oleh rakan kongsi DAP, Amanah dan seterusnya dihasut oleh Ahli Parlimen PKR yang menyatakan di Parlimen bahawa minum wiski Timah seperti ‘meminum wanita Melayu’. Di mana suara DAP ketika itu?”soalnya.

Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata beliau yakin rakyat negeri itu akan melihat dan menilai hasutan yang cuba dimainkan oleh PH dan DAP.

“Saya yakin bahawa rakyat Sarawak sudah letih dan dapat melihat melalui taktik lama, taktik hasutan agama dan kaum yang dibawa oleh PH dan DAP dari Semenanjung di dalam setiap pilihan raya Sarawak dan (rakyat) akan menolak mereka dalam pilihan raya kali ini,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.