11 DIS: Sebanyak 44 kes kematian COVID-19 dilaporkan dengan 10 kematian di luar fasiliti hospital (BID) semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan , jumlah kumulatif kematian kini menjadi 30,831.
Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Sabah (6), Terengganu (5); Pahang, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing empat kes, Sarawak (3); Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing dua kes serta Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,873 kes aktif dilaporkan, termasuk 393 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 212 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,997 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif terkini berjumlah 2,683,523.