13 DIS: Sebanyak 17 kes kematian COVID-19 dengan tiga maut di luar fasiliti hospital (B)D) semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian kini berjumlah 30,879.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Kelantan (3), Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang masing-masing dua kes serta Melaka dan Sabah masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 58,852 kes aktif dilaporkan, termasuk 407 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 216 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,399 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif ialah 2,691,639 kes.