13 DIS : Sebanyak 10 kenderaan dirempuh sebuah bas ekspres yang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Perai, petang tadi.
Dalam video yang tular di media sosial petang tadi memaparkan detik-detik sebelum kejadian memperlihatkan bas tersebut dalam keadaan terhoyang hayang sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan seterusnya merempuh 9 kenderaan lain.
Kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan trafik kira-kira 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua, dekat sini.
Jumlah mangsa termasuk mereka yang cedera dalam insiden berkenaan masih belum dapat disahkan lagi dan setakat ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian terbabit.
Sementara itu, jurucakap PLUS mengesahkan berlaku kemalangan berkenaan hingga menyebabkan kesesakan trafik.
“Siasatan kemalangan itu dijalankan pihak polis dan aliran trafik kembali lancar sekitar jam 4.50 petang,” katanya
.