14 DIS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendaftarkan
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam tempoh dua minggu.
Mmahkamah turut memerintahkan KDN membayar kos RM10,000 kepada Muda.
“Hakim telah membuat keputusan berpihak kepada kita,” tulis Muda di Twitter.
Parti Muda ditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pada awal tahun ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) menolak permohonan MUDA untuk didaftarkan sebagai parti politik tanpa memberikan sebarang alasan terhadap penolakan itu.
Muda kemudiannya membuat rayuan peribadi kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, tetapi ia turut ditolak tanpa sebarang alasan.
Pada 21 September lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Syed Saddiq serta 12 individu memulakan tindakan undang-undang berhubung keputusan Hamzah dan JPPM menolak rayuan mereka untuk mendaftarkan Muda sebagai parti politik.