15 DIS: Sebanyak 48 kes kematian COVID-19 semalam dengan 12 kematian di luar fasilti hospital (BID), menurut perincian di GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, jumlah kumulatif kematian kini adalah sebanyak 30,956 kes.
Pulau Pinang mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Kelantan, Sabah dan Terengganu masing-masing enam kes, Selangor (5), Perak (4), Johor dan Negeri Sembilan masing-masing tiga kes, Kedah dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes serta Pahang, Sarawak dan Labuan masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 57,674 kes aktif dilaporkan, termasuk 382 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 201 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,301 kes sembuh turut dilaporkan dan jumlah kumulatif kini adalah sebanyak 2,699,240 kes.