15 DIS: Orang ramai dijemput datang beramai-ramai ke Program Outreach Keusahawanan dan Pendidikan KPLB@Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, Sabtu ini.
Program anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu merupakan platform untuk mempromosikan kemudahan serta insentif merangkumi pendidikan dan keusahawan yang disediakan oleh Kementerian dan agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyaraka (KEMAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA Berhad dan Lembaga Kemajua Wilayah Kedah (KEDA).
Bagi usahawan luar bandar yang ingin meluaskan jangkauan perniagaan, KPLB dan agensi turut menawarkan platform akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar serta pembeli selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang baharu.
Servis motosikal percuma sehingga 200 motosikal turut diadakan oleh GIATMARA selain perkhidmatan gunting rambut dan solekan, dandanan dan hiasan kuku oleh GIATMARA dan KEMAS.
Bagi lepasan pelajar sekolah dan belia yang ingin menyambung pengajian, sesi penerangan dan pendaftaran oleh institusi di bawah agensi seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), GiatMARA, Kolej FELCRA, Kolej KEDA dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) turut dibuka.
Program dibuka kepada orang ramai bermula jam 12 tengah hari hingga 5 petang.
Ayuh, rebutlah peluang yang disediakan oleh KPLB dan Agensi dalam mentrasformasikan masyarakat luar bandar selain menjadikan #LuarBandarSejahtera. Jumpa Di Sana.