16 DIS: Sebanyak 33 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat lagi diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Jumlah kumulatif kematian kini berjumlah 30,989 kes.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Kelantan dan Selangor masing-masing lima kes, Perak dan Kuala Lumpur masing-masing empat kes, Johor dan Kedah masing-masing tiga kes serta Pahang (2).
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 56,989 kes aktif dilaporkan, termasuk 446 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 142 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,552 kes sembuh turut dilaporkan dan jumlah kumulatif kini ialah 2,703,140 kes.