nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dewan Rakyat sambung sehari Isnin ini bahas RUU KKM

16 DIS : Persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya berakhir hari ini akan dilanjutkan sehari lagi pada Isnin depan bagi membolehkan rang undang-undang pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit pindaaan 2021 dibentang dan diputuskan.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat yang mencadangkan pindaan RUU itu pada Isnin di bawah Peraturan Mesyuarat 62.

“Menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mencadangkan RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 dan usul-usl ditangguhkan pada bacaan kedua dan ketiga pada Isnin,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy Jamaluddin

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Ketua Majlis bersetuju untuk menambah satu hari lagi persidangan Dewan Rakyat berhubung perkara tersebut.

“Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, selaku ketua majlis bersetuju untuk menambah satu hari lagi bagi mesyuarat kedua dewan rakyat penggal ke empat Parlimen ke 14 tahun 2021, selaras dengan peraturan mesyuarat 11(2) peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat iaitu pada Isnin 20 Disember ini.

“Ia bagi membolehkan rang undang-undang pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit pindaan 2021dibentang dan diputuskan di Dewan Rakyat. Notis bertulis akan diberikan kepada semua ahli parlimen selepas ini,” ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.

Suasana di Dewan Rakyat agak kecoh apabila keputusan tersebut mendapat tentangan daripada beberapa ahli Parlimen Pembangkang termasuk daripada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mempertikaikan keputusan tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun mencelah dan menjelaskan bahawa keputusan yang diambil untuk menambah sehari lagi persidangan Dewan bagi membincangkan perkara tersebut bukanlah keputusan satu pihak.

Menurut Anwar, telah ada perbincangan libat urus diantara Menteri Kesihatan,  Ketua Pengarah Kesihatan dan pimpinan parti dan merujuk kepada Perdana Menteri hari ini tentang keperluan memberi tangguh dan ruang perbincangan dengan semua pihak, supaya jawatankuasa terpilih dapat bersidang sebelum dikemukakan beberapa cadangan pindaan yang lain.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Ini disebabkan pandangan tentang beberapa peruntukan yang harus dipinda secara total dengan lebih jelas, terutama yang melibatkan kompaun sebahagian besar yang melibatkan rakyat.

“Jadi dalam hal ini, telah dipersetujui supaya jawatankuasa terpilih bersidang pada jam 8 pagi dan Dewan Rakyat bersidang pada jam 10 pagi.

“Sekiranya hal-hal yang penting itu disepakati, maka kita (pembangkang) mungkin menimbangkan untuk menyokong, namun jika ada beberapa yang tidak dipersetujui, kita masih ada ruang untuk membangkang dan menolak perkara tersebut,” ujarnya.

Justeru, menurut Anwar, keputusan ini bukan merupakan keputusan satu pihak, namun ia merupakan keputusan bersama apabila pembangkang mengambil pendirian untuk mempertikaikan beberapa peruntukan yang dipinda dan dengan persetujuan Menteri dan Perdana Menteri, maka Dewan Rakyat bersetuju untuk menangguhkan persidangan tersebut pada Isnin ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.