17 DIS: Sebanyak 37 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat lagi diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian di GitHub.
Jumlah kumulatif kematian kini bertambah kepada 31,026 kes.
Pulau Pinang mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu enam kes, diikuti Johor, Kedah, Perak dan Terengganu masing-masing empat kes, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor masing-masing tiga kes, Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes serta Kelantan dan Melaka masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sebanyak 4,985 kes sembuh turut dilaporkan dan jumlah kumulatif negara ini kini sebanyak 2,707,402 kes.