17 DIS : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (BAHAYA) di beberapa negeri, khususnya di Kelantan dan Terengganu berterusan sehingga esok.
Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, status amaran waspada pula berterusan di Kedah (Baling, Kulim, Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak
Menurutnya lagi, status amaran buruk akan berterusan di dua negeri di pantai timur itu.
“Ia turut berterusan di Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong,Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan) manakala Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor)” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Beliau menjelaskan, Lekukan Tropika sedang bergerak ke arah barat merentasi Semenanjung dan semakin lemah.
“Ia dijangka tamat malam ini dan keadaan cuaca dijangka beransur-ansur baik,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan banjir dijangka berlaku di beberapa lokasi di Jeli dan Kuala Krai, sekiranya hujan lebat berpanjangan di lembangan Sungai Kelantan.
Menerusi kenyataan Pusat Ramalan Banjir dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, amaran banjir itu dijangka bermula 12 tengah malam tadi
.