17 DIS: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di Teluk Aden berjaya menguji tembakan laser bertenaga tinggi ke sasaran di perairan laut Timur Tengah baru-baru ini.
Ujian itu dilakukan sebuah kapal pengangkut, USS Portland yang menembak sasaran terapung iaitu satu demonstrasi Sistem Senjata Laser.
Ia menguji sama ada laser yang dipasang itu boleh mempertahankan kapal tersebut dari bot kecil dan juga kapal laut tanpa pemandu.
Teluk Aden memisahkan Afrika Timur dengan Semenanjung Arab.
Sistem laser itu kemungkinan boleh digunakan untuk membalas serangan bot-bot dron di Laut Merah yang digunakan oleh kumpulan pemberontak Houthi di Yemen.
Bot-bot dron itu dipercayai dibina dengan bantuan Iran. – Agensi