19 DIS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat meninjau situasi banjir di ibu kota susulan hujan lebat yang melanda lebih 24 jam lalu.
Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook malam tadi menyatakan, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menuruni kenderaan dalam keadaan hujan di jalan susur menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut.
“Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat tanpa mengira tempat, masa dan cuaca,” menurutnya.