20 DIS : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan kesahihan maklumat berhubung ‘Kepala Ribut’ yang kini sedang tular di platfom media sosial.
MET Malaysia dalam satu kenyataan hari ini menegaskan penyebaran maklumat tersebut adalah palsu dan boleh dikenakan tindakan di bawah akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui lama web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi MyCuaca.
“MET Malaysia juga ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai yang mereka baca dalam talian dan menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan berhubung isu berkenaan atau memanjangkan mesej berkenaan,” tegas SKMM menerusi kenyataan tersebut.
SKMM turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menularkan maklumat palsu tersebut menerusi sms atau media sosial kerana ianya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak lebih RM50,000, penjara atau kedua-duanya sekali.