nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU pindaan Akta 342 ditangguhkan lagi

20 DIS: Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dijadual dibentangkan di Parlimen hari ini ditangguhkan ke persidangan akan datang.

Kementerian Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata perkara tersebut telah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam RUU (Rang Undang-Undang) pindaan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit), sangat penting untuk kita dapat penerimaan dan pematuhan rakyat kerana ia bukan sekadar langkah kesihatan awam yang diperlukan untuk tangani kes COVID-19 saja.

“Sebaliknya, ia turut membabitkan usaha membendung penyakit berjangkit. Justeru, saya sudah bentang semua butiran pindaan kepada jawatankuasa pilihan khas dan mendengar pandangan kumpulan pakar.

KELVIN

“Kita sudah buat keputusan sebulat suara untuk tangguhkan pindaan ini, bukan disebabkan tidak disokong pada dasar kerana sebahagian besar sudah dipersetujui, tetapi sebab ada butiran yang perlu dipersetujui bersama,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, sidang tambahan Dewan Rakyat, pagi tadi ditempohkan selama 15 minit oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, bagi memberi laluan kepada proses libat urus RUU pindaan Akta 342.

Dewan Rakyat bersidang sehari tambahan hari ini untuk membahaskan pindaan Akta 342 membabitkan peningkatan kompaun bagi individu dan syarikat yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Dalam pada itu Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi yang dipengerusikan Bandar Kuching Kelvin Yii turut menyokong penangguhan tersebut.

Menurutnya. selepas mendengar penjelasan menteri dan nasihat pakar-pakar serta perbincangan antara komuniti tersebut, pihaknya sebulat suara mengesyorkan agar RUU itu ditangguhkan.

“Kami menyokong keperluan RUU ini untuk disemak, dikemas kini dan diperkukuhkan tetapi undang-undang penting sedemikian tidak haruslah tergesa-gesa untuk memastikan semua sudut dilindungi dan RUU difikirkan secara betul, komprehensif untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai.

“Selain itu, kami mengesyorkan agar RUU ini dibincangkan dengan lebih teliti dalam jawatankuasa kami dan guideline dalam penguatkuasaan haruslah dibentangkan kepada rakyat sebelum ia dibentangkan semula dalam Parlimen ini,” katanya.

Khairy yang bersetuju dengan syor Kelvin tersebut menyatakan akan menerbitkan garus panduan yang lebih jelas sebelum pembentangan semula kelak.

“Kita akan terbitkan garis panduan, apa kesalahan, kompaun, nilai dan sebagainya supaya lebih jelas apabila dibuat pindaan serta mendapat sokongan bipartisan.

“Yang penting, pematuhan kerana untuk krisis kesihatan awam ia bukan hanya membabitkan tindakan punitif, tetapi kawalan kesihatan awam yang sangat penting. Justeru, saya akan bawa semula kepada jawatankuasa pilihan khas sebelum dikemukakan kepada majlis,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.