21 DIS : Hujan berterusan dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di utara Semenanjung membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak bermula hari ini.
Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, ia susulan Lekukan Tropika yang dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.
Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri utara Semenanjung yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.
“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada),” katanya.