21 DIS : Empat lagi mayat dipercayai mangsa banjir ditemui pasukan penyelamat di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, empat mayat adalah dua lelaki dan dua wanita manakala bangsa atau warganegara mereka masih belum dikenal pasti.
“Pertambahan empat kematian hari ini menjadikan jumlah terkini korban banjir di Shah Alam adalah 12 orang iaitu tujuh lelaki dan lima perempuan.
“Kesemua mangsa di hantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut kematian mengejut (SDR),” katanya menerusi kenyataan hari ini.