21 DIS : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad hari ini menyelar laporan sebuah portal yang mendakwa beliau membuat kenyataan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak terlibat dalam pengurusan banjir kerana kos yang tinggi.
Menurut beliau, laporan dari portal terbabit, Friends Of Selangor, adalah tidak betul serta bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
“Ini adalah laporan yang tidak bertanggungjawab dan tidak betul serta mengelirukan banyak pihak. Pastikan laporan yang tepat sebelum dikongsi,” tegasnya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook rasminya.