22 DIS : Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Facebook TNB Careline memaklumkan, setakat pukul 12 tengah malam tadi, sebanyak 355 kawasan belum mendapat bekalan elektrik di Selangor.
Menurut TNB, bekalan elektrik di kawasan berkenaan yang ditutup masih belum dapat diberikan demi keselamatan pengguna setempat.
Katanya, walaupun banjir sudah surut tetapi pengguna masih belum menerima bekalan elektrik, di mana besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan ke premis masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.
Kesemua 355 kawasan yang terbabit ialah 151 di Shah Alam, Sepang (72), Bangi (46), Banting (40), Klang (30), Kuala Selangor (10), Pelabuhan Klang (2), Cheras (2), Rawang (1) dan Puchong (1).