22 DIS : Sebanyak 3,519 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut Dr Noor Hisham menerusi akaun Twitternya, dengan pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 2,728,203 kes.
\Pada 22 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,519 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,728,203 kes.