23 DIS : Sebanyak 3,510 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada jumlah 2,731,713 kes .
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,sebanyak 29 kematian akibat COVID-19 sehingga tengah malam tadi, termasuk enam membabitkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan.
Data laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, setakat ini jumlah kematian akibat COVID-19 sudah mencecah 31,221 kes sejak virus itu dikesan di negara ini pada akhir Januari tahun lalu.