23 DIS : Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini memberi amaran ribut petir di lapan negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.
Amaran yang membabitkan negeri Selangor meliputi daerah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, di Negeri Sembilan pula meliputi daerah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, Melaka, Johor iaitu di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Amaran turut dikeluarkan di Sarawak di daerah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Selangau, Mukah dan Bintulu, dan Sabah di daerah Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Sandakan, Kudat dan Pitas.
Menurut MET Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Menurutnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.