25 DIS : Jumlah mangsa banjir di Selangor semakin menurun di mana hanya 17,406 individu kini ditempatkan di 90 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 10 pagi ini.
Data di aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kesemua mangsa adalah daripada 4,859 keluarga.
Sejumlah 11,782 adalah individu dewasa yang mana 6,074 lelaki manakala 5,708 wanita.
Bagi kanak-kanak, sejumlah 5,264 mangsa membabitkan 2,672 kanak-kanak lelaki dan 2,580 kanak-kanak perempuan.
Untuk bayi, sejumlah 372 direkodkan membabitkan 194 bayi lelaki dan 178 bayi perempuan.
Daripada jumlah keseluruhan mangsa, 719 orang adalah warga emas manakala 113 adalah orang kelainan upaya (OKU).