26 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seramai 47 orang menjadi mangsa korban banjir seluruh negara sehingga kini dan lima lagi masih hilang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa, manakala Pahang seramai 19 mangsa dan tiga mangsa di Kelantan.
“Mangsa di Selangor membaabitkan 17 lelaki dan lapan wanita, manakala di Pahang, 13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, di Kelantan membabitkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. – BERNAMA