27 DIS: Sebanyak 19 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga daripadanya di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian kini berjumlah 31,334 kes.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Perak (4), Pulau Pinang (3), Johor (2) serta Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Selangor, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 44,815 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 306 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 170 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,539 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif ialah 2,741,179 kes.