27 DIS : Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 25, Temerloh, Pahang akan dilaksanakan bermula 28 Disember 2021 sehingga 10 Januari 2022.
Katanya menerusi satu kenyataan, keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan COVID-19.
“Semua prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.