28 DIS: Sebanyak 35 kes kematian COVID-19 dilaporkan dengan enam daripadanya kematian di luar fasiliti hospital (BID) semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,369 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 11 kes, diikuti Pulau Pinang (5), Perak (4), Johor dan Kuala Lumpur masing-masing tiga kes, Kelantan, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing dua kes serta Kedah, Melaka dan Pahang masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Pada masa sama, sebanyak 42,917 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 297 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 169 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,620 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif terkini ialah 2,743,936 kes.