28 DIS: Seramai 40 orang sukarelawan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor terbabit dalam misi bantuan pascabanjir di Taman Langat Utama 2, Banting baru-baru ini.
Setiausaha Agungnya, Muhammad Arif Yakub berkata, pasukan tersebut turut membantu membersihkan rumah penduduk selain memberi sumbangan barangan seperti pakaian dan peralatan elektrik kepada mangsa banjir.
“Misi ini bertujuan membantu mangsa banjir dan menunjukkan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan adalah penting apabila berlaku bencana.
“Pasukan kami turut menggerakan bantuan ke Hulu Langat, Klang, Shah Alam dan Bentong, Pahang,” katanya dalam sat kenyataan hari ini.
Antara NGO yang turut serta dalam misi berkenaan termasuklah Gabungan NGO Prihatin Johor, Persatuan Kebajian Ekonomi Islam Melayu Bumiputera Negeri Johor, Melana Emergency Response Team, Skuad Wanita Melana Indah dan Pertubuhan Elit Group Johor.
Orang ramai yang berminat untuk menyumbang boleh menyalurkan kepada persatuan tersebut dengan menghubungi talian 019-3609625.