29 DIS: Sebanyak 23 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat korban di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,392 kes.
Johor dan Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu masing-masing empat kes, diikuti Perak (3); Kelantan, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes serta Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 42,357 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 302 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 169 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,434 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif ialah 2,746,833 kes.