29 DIS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembangaan Persekutuan.
serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah terbabit adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga berkata, penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah terbabit juga adalah sah di sisi undang-undang.
Beliau membuat keputusan itu selepas menolak saman yang dikemukakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).
Ketiga-tiga pertubuhan itu memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa seksyen 2,17 dan 28 dalam Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan penggunaan dua bahasa terbabit di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan peruntukan 152(1)(a) perlembagaan.
Mereka juga memohon perisytiharan kewujudan dan penubuhan sekolah terbabit bertentangan dengan perlembagaan.
Mohd Nazlan juga memutuskan bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan atas alasan mereka bukanlah satu badan statutori atau pihak berkuasa tempatan yang wajib menggunakan bahasa kebangsaan.