29 DIS : Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM10 juta bagi membiayai perkhidmatan kutipan sisa banjir serta kerja-kerja pembersihan jalan, fasiliti awam dan halaman rumah mangsa banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan peruntukan itu bagi mempercepat kerja-kerja mengutip, membersih dan menghantar sisa banjir ke tapak pelupusan.
“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah menambah bilangan sumber tenaga dengan melantik lebih banyak kontraktor untuk turun ke lapangan termasuk.kawasan-kawasan yang tidak dapat diakses sebelum ini.
“Selain itu, kerajaan turut menambah RM50 juta lagi khusus untuk negeri Selangor dan Pahang bagi tujuan yang sama.
“Pada masa ini, KPKT bersama-sama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta kontraktor yang telah dilantik sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terkesan dengan bencana banjir,” ujarnya.
Setakat 28 Disember 2021, sebanyak 3,000 tan sisa banjir telah dibersihkan di lima buah negeri yang terkesan iaitu Selangor, Pahang, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka yang melibatkan lebih 1,700 tenaga kerja di bawah seliaan KPKT
Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi menggerakkan kerja-kerja pasca banjir di negeri yang terlibat.