30 DIS: Sebanyak 36 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua daripadanya kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,428 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 12 kes, diikuti Kuala Lumpur (5), Perak dan Kelantan masing-masing empat kes; Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing tiga kes, Terengganu (2).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,682 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 288 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 162 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,322 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif ialah 2,750,516 kes.