30 DIS :Pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia dilanda gempa bumi berukuran bermagnitud 7.4 awal pagi Khamis, namun tiada kematian atau kerosakan dilaporkan menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini.
Gempa itu berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta di 45 km barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya, wilayah Maluku, dengan kedalaman 210 km di bawah laut.
Gegaran kuat di pulau-pulau dan bandar-bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa turut dilaporkan sekaligus merekodkan gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud berhampiran pusat gempa.
Bagaimana setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun agensi itu memberi amaran mengenai kemungkinan gegaran susulan berhampiran pusat gempa dan mengingatkan penduduk supaya bertenang dan berwaspada.