30 DIS : Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said hari ini turun padang untuk melihat sendiri keadaan banjir dan menyerahkan Bantuan “Op Bantu KDN” kepada penduduk terjejas banjir sekitar Kuala Krau, Pahang
Turut sama mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
Ismail Mohamed Said turut mengagihkan 270 buah kotak bantuan berisi bahan keperluan harian diserahkan kepada mereka yang memerlukan.
Turut hadir Datuk Mohd Sayuthi Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN dan Pegawai-Pegawai Kanan KDN.
Sementara itu, di Taman Seri Nanding, operasi pembersihan bersepadu pasca banjir oleh Jabatan dan agensi di bawah KDN sedang dilaksanakan hari ini.
Seramai 554 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah KDN telah terlibat dalam operasi tersebut.
Turut hadir dalam operasi pembersihan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Halim bin Abdul Rahman dan pegawai- pegawai Kanan KDN untuk bersama-sama menyertai operasi bersepadu tersebut.