31 DIS: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pemberontak Houthike atas Jazan, Arab Saudi pada 24 Disember yang mengakibatkan kematian dan kecederaan, serta kemusnahan harta benda.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Malaysia menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu.
“Malaysia menolak semua bentuk keganasan yang menggugat keamanan dan keselamatan di rantau itu. Permusuhan yang berpanjangan akan memudaratkan keamanan dan kestabilan di rantau itu,” kata kenyataan itu.
Malaysia akan terus menyokong usaha mencari penyelesaian secara damai dan aman bagi konflik di Yaman, kata Wisma Putra.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), dua orang terbunuh dan tujuh cedera, akibat roket dan peluru Houthi yang disasarkan ke bandar Jazan di selatan Saudi pada 24 Disember. – BERNAMA