2 DIS : Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberi amaran fenomena air pasang besar dijangka berlaku di kawasan laut Johor, Batu Pahat dan Pontian bermula 2 hingga 5 Januari ini.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan laut serta pesisiran pantai di Johor, terutama Batu Pahat dan Pontian, diminta berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku mulai hari ini hingga Rabu depan
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan menerusi satu kenyataan berkata, menerusi laporan itu, penduduk di pantai khususnya di negeri Pantai Barat Semenanjung disaran supaya lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar.
“Kawasan yang berisiko di Johor berikutan fenomena air pasang besar adalah di Batu Pahat dan Pontian. Orang ramai perlu memantau cuaca, kemungkinan hujan lebat dan air laut pasang berlaku serentak.
“Penduduk perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” katanya.