3 JAN : Korea Selatan hari ini memaklumkan terdapat dua kematian yang dikaitkan dengan varian Omicron COVID-19 yang melibatkan dua warga emas di negara itu.
Kedua-dua pesakit itu berumur lingkungan 90 tahun dikesan positif varian Omicron hasil ujian saringan selepas meninggal dunia masing-masing pada Isnin dan Rabu lalu.
Kes ini merupakan kematian pertama yang dikaitkan dengan varian baharu COVID-19 yang mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi itu.
Sebelum itu, kedua-duanya dikesan positif COVID-19 hasil ujian saringan yang dijalankan di sebuah hospital penjagaan warga emas di bandar ini.
Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan masih meneruskan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kematian mereka.